Memaparkan catatan dengan label IPD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPD. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2013

KENAPA KEJADIAN SEBEGINI BOLEH BERLAKU ???


KUANTAN - Tindakan biadab sekumpulan pelesit rempit yang menunggang sambil melakukan aksi berbahaya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini memakan diri apabila sembilan daripadanya diberkas semalam.

Pelesit rempit berusia antara 15 hingga 17 tahun tersebut diberkas dalam operasi selama empat jam bermula pukul 1 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Khas Ketua Trafik Bukit Aman.

Difahamkan, golongan itu sengaja merempit di depan IPD berkenaan seolah-olah hendak mencabar pasukan keselamatan tersebut.

Antara yang diberkas ialah sepasang remaja yang baru beberapa jam berkenalan dan seorang remaja berusia 15 tahun. Selain memandu laju, mereka juga melakukan aksi mengangkat tayar depan atau wheelie.

Khamis, 9 Ogos 2012

Kes curi kenderaan meningkat


Kes curi kenderaan meningkat
SUNGAI PETANI –  Kecuaian pemilik kenderaan yang tidak mengaplikasikan aspek keselamatan terhadap kenderaan masing-masing antara faktor yang paling mudah mendorong berlakunya kecurian kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kecuaian merupakan faktor utama selain  kegiatan yang didalangi bekas banduan yang kerap kali keluar masuk penjara adalah faktor berlakunya jenayah kecurian kenderaan di daerah ini.
Menurutnya, orang ramai perlu peka terhadap keselamatan kenderaan bagi mengekang gejala itu yang dilihat semakin meningkat berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
“Walaupun kadar jenayah di Kuala Muda ini tidaklah tinggi tetapi kes kecurian kenderaan menunjukkan peningkatan.
“Pada 2010, sebanyak 1,475 kes dilaporkan melibatkan kecurian motokar, motosikal, van dan lori manakala pada 2011, sebanyak 2,086 kes dicatatkan. Bagaimanapun, tujuh bulan pertama 2012, sebanyak 832 kes sudah pun dilaporkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...