Kota Bharu - Satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah
bangsal kuda sebagai tempat simpanan barang larangan itu terbongkar selepas
sepasukan polis menyerbu premis terbabit dan menemui sebanyak 558 pil kuda
bernilai RM16,470 di Jalan Sabak, Kampung Teluk Kitang di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8.35 malam itu, seramai
lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan tiga berusia antara 15 hingga 45
tahun yang berada di bangsal terbabit turut ditahan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner baharon Abu
berkata, pihaknya telah berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang
beroperasi selama enam bulan di bangsal kuda tersebut yang menempatkan
kira-kira 30 ekor kuda.
Kelima-lima suspek ini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21
Februari ini.
Sumber - Kosmo