Ahad, 3 Mac 2013

Presiden Filipina beri amaran keras kepada Sultan Sulu


Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang “amat tegas” jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.
Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.
Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.
Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, “keadaaan ini tidak boleh berlanjutan.”
“Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.
Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...