Gambar hiasan |
KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah Masjid di Kampung Saujana, Setiu, awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada jam 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh.
"Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Bayi itu dihantar ke Hospital Setiu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dan klinik atau hospital yang menerima pesakit baru lepas bersalin supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama