| PENJAGA premis dan sebahagian pelanggan yang ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat kafe siber di Bandar Baru Klang, Klang kelmarin. | 
Bilik judi 'rahsia' kena serbu
KLANG –  Taktik licik pengusaha sebuah pusat kafe siber  menjalankan 
kegiatan perjudian dalam bilik rahsia terbongkar apabila polis menyerbu 
premis itu di Bandar Baru Klang di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis merampas 25 mesin slot 
perjudian dan 11 unit komputer yang digunakan untuk menjalankan kegiatan
 judi dalam  talian dianggarkan bernilai RM100,000.
Taktik tersebut hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota bahagian 
Risikan dan Operasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat 
Polis Kontinjen Selangor. 
“Pelanggan tetap perlu menggunakan pintu besi yang ditutup dengan 
langsir sebelum dapat memasuki bilik rahsia ini yang menempatkan mesin 
slot perjudian dan komputer.
“Pintu besi ini  hanya boleh dibuka dari luar dan jika pelanggan mahu
 keluar, mereka perlu memanggil penjaga premis,” katanya kepada 
pemberita selepas operasi itu  malam kelmarin.