KAJANG — Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini semalam.
Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata 
kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada 
pergaduhan.
"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui 
sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu 
ditemui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di 
sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes 
itu.
Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan 
polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu 
supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — 
BERNAMA