Memaparkan catatan dengan label Warga Vietnam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warga Vietnam. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2014

Rogol: Polis Antara Tiga Ditahan


JOHOR BARU: Anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana didakwa menculik dan merogol seorang pelancong warga Vietnam (Sumber) berusia 22 tahun.

Anggota berpangkat lans koperal yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan beberapa jam selepas wanita itu membuat laporan polis.
Dua lagi rakannya yang berusia 30-an dan 50-an ditahan dalam serbuan di sini, pada Ahad.
Sumber berkata, sisatan mendapati wanita itu yang juga penuntut kolej di Vietnam tiba di pangsapuri Jalan Pasir Pelangi menaiki teksi bersama seorang lagi rakan wanita pada pukul 3 pagi, Sabtu.

Selasa, 8 Julai 2014

Seorang Wanita Antara Lima Warga Vietnam Ditahan Pecah Masuk Kilang

Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan lima warganegara Vietnam termasuk seorang wanita di kediaman mereka di Lengkok Bercham Timur kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah masuk kilang di Ipoh sejak tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1.30 pagi Isnin selepas polis menjalankan risikan dan memperoleh maklumat daripada orang awam.

Pemeriksaan di rumah berkenaan menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk merompak antaranya satu alat pemecah batu, satu alat pengukur besi, satu beg galas berwarna biru gelap dan alat pencucuh gas oxy warna kuning, katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Nelayan Vietnam parah ditembak

Gambar hiasan

KOTA BHARU 16 Ogos - Seorang awak-awak Vietnam cedera parah akibat ditembak di belakang badan oleh suspek tidak dikenali dalam kejadian di Jeti 98, Tok Bali malam tadi.

Hoang Cong Danh, 43, sedang menaiki motosikal bersama seorang rakan ke sebuah kedai runcit apabila mereka dipintas oleh sebuah motosikal lain ketika berada di atas jambatan kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lay Yong Heng berkata, suspek lelaki berkenaan kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke udara untuk mengugut mangsa.

"Mangsa dan rakannya segera berpatah balik tetapi dikejar suspek yang kemudian memberhentikan motosikal pada jarak kira-kira 10 meter lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa,'' katanya.

""Sebutir peluru terkena pada belakang mangsa berhampiran pinggangnya dan tembus sehingga ke bahagian perut kiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa, 7 Ogos 2012

Warga Vietnam maut, isteri parah ditetak

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Vietnam maut manakala isterinya parah selepas diserang seseorang di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata kejadian kira-kira 6.30 petang di rumah teres dua tingkat di Jalan Dayang 52/8 itu mula disedari jiran yang terdengar bunyi bising dari rumah berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Mangsa maut dipercayai akibat ditetak di kepala dan telinga kanan dengan beberapa kesan kelar serta tikaman di leher, dada dan bahu kanan, manakala isterinya cedera parah akibat empat tetakan di kepala. 

Khamis, 14 Jun 2012

Maut selepas disamun 6 warga Vietnam

Image Detail
JOHOR BAHRU 13 Jun - Seorang pekerja kilang mati dibunuh selepas disamun enam lelaki warga Vietnam di rumahnya di Jalan Padi Mahsuri 2, Taman Senai Baru dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika mangsa, Low Kwang Kean, 41, dan isterinya seorang warga Vietnam berusia 30 tahun berada dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Kulai Jaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, sekumpulan lelaki termasuk dua rakan serumahnya tiba-tiba muncul dan mengetuk pintu bilik mangsa.

"Sejurus mangsa membuka pintu bilik, salah seorang suspek menolak lelaki itu sehingga jatuh sebelum mengikat dia dan isterinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, salah seorang daripada suspek kemudian meminta sejumlah wang daripada mangsa sehingga berlaku pertengkaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...