Tanah Merah: Dua anggota
tentera cedera di paha dipercayai terkena
tembakan ketika meronda di Sungai
Golok, dekat
sini, kira-kira 5.35 petang tadi.
Kedua-dua mangsa dihantar ke
Hospital Jeli di sini, untuk menerima rawatan lanjut.
Sumber polis berkata, ketika
kejadian, anggota tentera terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalan
selepas meronda di sekitar Sungai Golok.
“Kira-kira 400 meter dari Pos
Machang, ada tembakan dilepaskan dari arah sempadan Thailand dan
mengenai tepat paha anggota tentera itu.
“Tembakan dipercayai menggunakan
senapang angin,” katanya
di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang
dihantar ke hospital dilaporkan stabil.
Katanya, siasatan lanjut
berhubung kes itu masih dijalankan.
Sumber: KLIK DISINI