Selasa, 14 Julai 2015

Pegawai Polis Antara Lima Suspek Berpakat Lakukan Pembunuhan


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dan seorang ahli perniagaan adalah antara lima yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan berpakat untuk melakukan pembunuhan.

ASP Haris Faddila Hasim, 39, ahli perniagaan Lau Ngik Yin, 45, didakwa bersama-sama dua bekas pegawai polis Mohd Nizam Manshor, 34, Indra Zaidi Zamani, 32, serta pengawal peribadi Lau, Zainuddin Rosman, 36.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Westin Hotel, Jalan Bukit Bintang di sini antara April hingga 15 Jun, 2015, iaitu berpakat untuk melakukan pembunuhan, satu kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 120B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum dua tahun jika didapati bersalah.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Haris Faddila diwakili peguam Gobind Singh Deo, manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Lau dan Zainuddin.
Mohd Nizam dan Indra Zaidi pula diwakili peguam Datuk Baljit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin mengendalikan pendakwaan.
Erry Shahriman menetapkan 28 Ogos untuk sebutan kes.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...