KUALA
LUMPUR, 13 Julai: Laman
web Polis Diraja Malaysia (PDRM) digodam oleh satu kumpulan yang tidak
dikenali, hari ini.
Dalam
insiden pada kira-kira jam 2 petang tadi, penggodam menukar gambar profil akaun
dan foto Facebook dengan imej yang menyokong sentimen ekstrim Negara Islam
(IS).
‘Serangan’
bermula pada jam 2.10 petang apabila foto Facebook ditukar dengan imej yang
mengandungi perkataan ‘Khilafah Has Returned” (Khilafah Kembali) dengan gambar
lelaki memegang bendera ikonik IS, sementara gambar profil pula ditukar dengan
foto bayang bendera di mata seorang perempuan.
Beberapa
minit kemudian, satu lagi foto yang mempunyai imej pejuang IS bersama senjata
AK-47 dimuat naik dengan perkataan ‘Viva Islamic State’ pada statusnya.
Posting
berkenaan mendapat 460 likes dan dikongsi 30 kali oleh pengikut PDRM.
Dalam
satu posting, penggodam memperkenalkan diri mereka sebagai: “We are
:Mauritania Attacker – AnonxoxTn – StingerByte – Mr.Domoz – Th3Falcon –
HusseiN98D – Dr’SaMiM-008 – n0name-haxor – hAxOr tr0jAn – BillGate – Mr.Ajword
– Extazy007 – Psyco_Hacker – Black Cracker – Virusa Worm – Donnazmi – X-Wanted
– De_Reb0rNz – Tunisian Cracker – L’APoca-Dz – Psyf3r – Vortex”.
Satu
bahagian dalam laman itu turut ditukar kepada ‘HACKED BY ANONGHOST‘.
PDRM
dalam laman mikro media Twitter mengesahkan akaun Facebook mereka digodam dan
berkata ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Mana-mana
maklumat yang disebarkan selepas ini adalah TIDAK BENAR,” kata PDRM di Twitter.
Kenyataan
itu dibuat susulan posting palsu yang menyebut: “Kita tidak punya hubungan
dengan Anonymous. AnonGhost berbeza dengan Anonymous, sasaran kami tidak serupa
dan penggodaman kami dalam peringkat berbeza.”
“Kami
merupakan suara mereka yang dilupakan, pejuang kebebasan di dunia siber dan
sasaran utaman kami adalah Sionisme dan israhell, sekiranya anda bertanya
mengapa laman web anda digodam oleh kami, ia hanya kerana kami mahu berkongsi
mesej kami dan memberitahu dunia siapa kami, kami bukan mahu menjadi terkenal
tetapi kami mempunyai sasaran dan kami menyokong semua kumpulan penggodam dan
kami menyokong pergerakan kebebbasan di dunia.”
Beberapa
pengguna Facebook mengambil kesempatan mengkritik penggodam, antaranya Nan
Asklinux yang berkata: “Sekiranya anda orang Islam anda kini mengugut satu
negara Islam dan semoga Allah mengutuk anda. Sayangi Rasulullah… benci ISIS…”
Sumber: KLIK SINI