SELAMA – 03 April 2013. Pihak polis sedang mencari lapan individu yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah.
Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, individu pertama dikenali sebagai Mohd Najib Mat Kassim, 35, dari Changkat Jering dan dipercayai terlibat dalam kes mencederakan orang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
“Individu kedua, Mohd Khairul Anuar Abd Hamid, 31 tahun dari Felda Gunung Besout 1, Sungkai dicari atas kesalahan pecah rumah dan curi motosikal,” katanya.
Tambah beliau, individu keempat, Bakri Akuman, 37, yang dipercayai pernah tinggal di Jalan Menteri, Selama kemudian Kampung Baru, Kuala Lumpur dan alamat terakhirnya di Kota Bharu, Kelantan.
“Suspek dipercayai melakukan kesalahan melanggar syarat tahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(d) Akta Pencegahan Jenayah.
"Manakala individu kelima dan keenam, N Turaiemurugan, 38, dari Kamunting dan M Raju, 35, dari Ulu Sepetang," katanya.
Katanya, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes curi dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara individu dikehendaki, Ujang @ Mohd Sufian Kamarudin berumur 41 tahun yang tinggal di Kampung Tengah, Rantau Panjang, Selama dan alamat terakhir di Kampung Kuala Jempur, Bahau.
“Kes terlibat ialah rogol dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Wan Jamil berkata, individu terakhir, R Maran, 34, dari Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.
“Kesalahan suspek disiasat di bawah Seksyen 15 (e) Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya.
Dalam perkembangan sama, adalah dinasihatkan agar semua penama-penama itu dapat tampil ke Balai Polis Daerah Selama, bagi membantu siasatan lanjut pihak polis.
“Malah kepada orang ramai yang mengenali atau mengetahui tempat tinggal penama-penama tersebut diminta untuk menghubungi IPD Selama di talian
05-839 5999 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.