Ahad, 29 Mei 2016

POLIS BURU DUA BERADIK TERLIBAT KES SAMUN

Polis Daerah Sentul sedang memburu dua beradik bagi membantu siasatan berhubung kes menyamar anggota polis selain samun dua lelaki warga asing dalam satu kejadian di scbuah kedai runcit dekat Jalan Jambu Arang, Jinjang di sini Isnin lalu.

Muhammad Farhand Saifur Rahman, 20, dan abangnya, Muhammad Ramzan Saifur Rahman, 27, yang alamat terakhirnya di Desa Tun Razak, Cheras di sini, diminta tampil membantu siasatan kes berkenaan.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, tiga lelaki termasuk seorang suspek yang lengkap memakai uniform polis dikatakan melarikan wang tunai sebanyak RM800 dalam kedai runcit berkenaan selain menyamun seorang pelanggan warga Bangladesh yang berada di dalam kedai berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua suspek yang melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berjaya dipintas sepasukan polis peronda yang melakukan rondaan di ka-wasan berkenaan.

Jelasnya, polis menahan kereta yang dinaiki suspek, namun hanya pemandu serta seorang lagi rakan mereka yang berada di dalam kereta berjaya diberkas manakala dua beradik itu berjaya melarikan diri.

"Hasil siasatan mendapati geng ini aktif melakukan kegiatan samun dengan menyamar sebagai anggota polis di sekitar Sentul sejak tiga bulan lalu.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung dua suspek itu diminta tampil atau menghubungi balai polls bedekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber : KOSMO


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...