Sabtu, 28 Mei 2016

Rakyat Malaysia antara ditahan bawa dadah A$200 juta

SYDNEY: Enam rakyat Malaysia antara yang ditahan polis Australia kerana disyaki membawa masuk 200 kg dadah jenis methamphetamine atau syabu yang dianggarkan bernilai RM588 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, polis Australia menahan 14 individu termasuk enam rakyat Malaysia dan lapan warga China.

Sebuah pasukan khas membanteras jenayah terancang ditubuhkan bagi melakukan siasatan selepas polis Australia menahan sebuah kapal nelayan komersial yang membawa lapan rakyat China itu kira-kira 185 km dari perairan Australia Barat.


Kapal nelayan itu ditahan awal Mei lalu kerana kelihatan mencurigakan namun, tiada dadah ditemui di dalam kapal tersebut.

Polis berkata, siasatan lanjut kemudian membawa kepada penangkapan enam rakyat Malaysia dalam dua serbuan berasingan di ibu negeri Australia Barat, Perth.

Pihak berkuasa turut merampas 200 kg dadah itu yang dianggarkan bernilai A$200 juta (RM588 juta).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...