Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Julai 2012

Peringatan Ketua Polis Negara - Perhimpunan OREN


KUALA LUMPUR 13 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta orang ramai yang menyertai Himpunan Oren anjuran Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ibu negara esok, supaya mematuhi peraturan semasa mengadakan perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, mereka yang mahu menyertai perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 bagi mengelak tercetus kekecohan dan kejadian tidak diingini berlaku.
"Saya minta semua pihak terlibat dalam perhimpunan itu supaya patuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Dulu (ada pihak) kata Seksyen 27 Akta Polis 1967 menindas, sekarang kerajaan sudah mansuh undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman 2011. Jadi kalau semua pihak ikut akta baru ini, maka tiada masalah timbul," katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat khas pemantauan aktiviti memerangi jenayah di Dewan Perdana, Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tengah, Cheras di sini hari ini.

Ahad, 6 Mac 2011

Wang SES: Peneroka lapor polis

TEMERLOH, 5 Mac: Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang.


Mohd Fauzi Abdul Hamid, 37, dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantan membuat laporan berkenaan di balai polis Temerloh bagi memohon siasatan segera berkaitan wang SES dan Skim Insentif Tanam Semula (SITS) kerana terdapat unsur penipuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...