MIRI 3 Jan. – Taktik sindiket perjudian siber cuba menyembunyikan kegiatan haram mereka dengan
beroperasi di sebuah rumah kayu yang diubah suai di kawasan pedalaman di Batu 42, Jalan Bintulu-Miri, Niah di sini, gagal
apabila premis mereka diserbu polis semalam.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan
anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Miri pada pukul
5.15 pagi itu membawa kepada penahanan 17 lelaki
dan seorang wanita berusia 22 hingga 40 tahun.
Selain itu, polis turut merampas 18
unit komputer dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian bernilai
RM35,000 dan wang tunai RM305 di premis berkenaan.
