Isnin, 4 Januari 2016

659 kanak-kanak masih hilang

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Sejak lima tahun lepas, sebanyak 9,781 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan di seluruh negara membabitkan 2,280 lelaki dan 7,501 perempuan.

Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 9,122 kes atau 93 peratus berjaya ditemukan semula, namun nasib 659 orang atau tujuh peratus lagi kanak-kanak pula masih belum ketahui.

Berdasarkan Pangkalan Data Statistik Kanak-kanak Hilang Bawah 18 tahun, Polis Diraja Malaysia (PRDRM), sejak 2011 hingga November lepas, bilangan kanak-kanak Melayu hilang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,713 kes atau melebihi 60 peratus diikuti lain-lain (1,378), India (1,059) dan Cina (641).


Punca utama kanak-kanak hilang adalah kerana mahu mencari kebebasan iaitu 4,112 kes, manakala mengikut kawan serta kekasih masing-masing mencatatkan 2,370 dan 1,699 kes.

Sementara punca lain pula termasuk tidak minat belajar melibatkan 223 kes, mencari kerja (151), salah faham keluarga (963), kurang perhatian keluarga (69), bersama ibu atau bapa (73) dan tidak diketahui (121).

Dari segi pecahan umur, kes membabitkan remaja berumur 16 hingga 18 tahun merekodkan jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun dengan 5,235 kes.

Bagi kategori umur 13 hingga 15 walaupun mencatatkan angka yang kurang iaitu 4,193 kes, namun trend tiga tahun kebelakangan ini menunjukkan peningkatan sehingga mengatasi peringkat umur 16 hingga 18 tahun.

Dalam pada itu, kes hilang bagi peringkat umur tujuh hingga 12 tahun mencatatkan sebanyak 296 laporan manakala umur baru lahir hingga enam tahun pula merekodkan hanya 57 kes sepanjang lima tahun lalu.

Sementara itu, Johor mencatatkan kes kanak-kanak hilang ter­tinggi sebanyak 1,727 kes sepanjang lima tahun lalu mengatasi Selangor iaitu 1,215 kes dan Kedah dengan 968

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...