KUALA TERENGGANU - Seorang pesara kerajaan kerugian hampir RM200,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan penghantaran bungkusan palsu yang disyaki didalangi warga Afrika baru-baru
ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superitendan Koh Ah Tiam
berkata, mangsa yang membayar amaun tersebut menerusi tujuh transaksi antara 17
Jun dan 23 Jun lalu hanya menyedari dirinya tertipu dan membuat aduan berhubung
kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada semalam.
Beliau berkata, lelaki berusia 59 tahun itu berhubung
dengan salah anggota sindiket itu yang berselindung di sebalik profail wanita muda dari
Britain di laman sosial
Facebook sejak awal bulan lalu.
"Pada mulanya,'wanita' itu meminta bantuan
daripada mangsa untuk membantunya dalam urus niaga pembelian sebuah hartanah di
Damansara, Kuala Lumpur.
"Kemudiannya, dia mendakwa mahu mengirim pelbagai
hadiah termasuk wang tunai berjumlah RM200,000 kepada mangsa sebagai tanda
penghargaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen
Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE