Khamis, 3 Januari 2013

Mayat hampir reput ditemui di Batu Feringghi

Gambar hiasan

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat hampir reput di persisiran pantai berhampiran sebuah markas tentera di Batu Feringghi di sini, malam tadi.

Mayat yang tidak dapat dikenali jantinanya itu ditemui pada jam 8.20 malam selepas lelaki berkenaan tercium bau busuk dari kawasan sekitar. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, penemuan mayat itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis. 

Mayat itu dipercayai dibawa arus ke kawasan itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.




Beliau meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes itu agar menghubungi pihak polis. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...