KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota
polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand
berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis, kelmarin.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis
ditahan agensi itu sendiri.
"Ia masih dalam siasatan
sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada
sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia.
"Kita akan siasat semua
pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri
Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA). "Bukan hanya polis atau anggota
penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita
akan ambil tindakan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari
ini.
Sebelum itu beliau menjawab
soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa
pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.
Bersambung> KLIK DISINI