Selasa, 29 Mei 2012

Ubah wang haram: Rakyat Malaysia dipenjara


MELBOURNE – Seorang rakyat Malaysia hari ini dipenjara lima tahun sembilan bulan setelah didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram A$6.2 juta dalam tempoh lima bulan di Australia dan menghantarnya ke China, lapor The Age Online.
Wong Lai Yean ditahan di sini November lepas dan pihak berkuasa menemui wang tunai A$63,000, enam telefon bimbit dan resit deposit tunai A$191,000 dalam beg sandangnya.
Mahkamah Daerah di sini diberitahu, pada minggu lepas, Polis Persekutuan Australia turut menemui hampir 1,000 kad kredit palsu di rumah lelaki terbabit di pinggir bandar Mitcham.
Pendakwa raya Andrew Sprague berkata, Lai Yean tiba dari Malaysia pada Mac 2011 dan dari Jun hingga November melakukan 34 deposit tunai yang mencurigakan berjumlah A$6,297,187 dengan syarikat-syarikat pertukaran mata wang di Melbourne, Sydney dan Perth.
Sprague berkata, penahanan Lai Yean bersama dua yang lain, yang kemudian dipenjarakan, mendedahkan transaksi kewangan yang disimpan dalam komputernya. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...