Selasa, 29 Mei 2012

GENG TIKUS MASUK PERANGKAP


Johor Bahru - Kelicikan kumpulan penyamun dan pecah rumah bergelar Geng Tikus mendalangi 35 kes jenayah sejak setahun lalu, berakhir apabila lima ahlinya ditahan. 

Polis merampas pelbagai barangan termasuk perakam audio, set pembesar suara, televisyen, komputer riba, biola, gitar dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan, termasuk kenderaan yang dirampas berjumlah RM350,000.

Polis turut merampas alat yang digunakan untuk melakukan kegiatan samun dan pecah rumah seperti pemotong besi, besi kuku kambing, kunci berbentuk T yang diubah suai hujungnya, pemutar skru dan sebilah parang daripada kumpulan terbabit dalam dua serbuan berasingan pada 1 Mei lalu. 

Dengan tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan 35 kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah Johor Bahru. Kes disiasat mengikut Seksyen 395, Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...