Sabtu, 2 Mei 2015

Nisbah polis, penduduk tak seimbang


PERLU DISEGERAKAN DISELURUH NEGARA.

BUKIT BERUANG - Polis di negeri ini akan melakukan pengambilan seramai 500 lagi anggota polis sukarelawan tahun ini sebagai langkah memastikan usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah lebih berkesan dan efektif.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tindakan itu juga sebagai mengatasi masalah nisbah anggota polis dengan penduduk di negeri ini yang tidak seimbang.

Beliau berkata, di daerah Melaka Tengah sahaja, seorang anggota polis perlu menjaga 587 penduduk atau nisbah 1:587 sekali gus tidak mencukupi dengan trend jenayah yang kian berubah pada masa kini.


“Kalau kita lihat nisbah polis dan penduduk masih tidak mencapai standard antarabangsa yang diperlukan iaitu 1:250," katanya.

Menurutnya, disebabkan untuk mengambil anggota polis memerlukan masa yang lama serta membabitkan kos tinggi, sukarelawan polis merupakan jalan penyelesaian untuk menambah kekuatan polis dalam melakukan tugas rondaan.

“Di Melaka kini, cuma terdapat seramai 520 orang anggota polis sukarelawan dan seramai 730 orang lagi masih sedang di dalam latihan, lantaran kita akan melakukan pengambilan seramai 500 orang lain pada tahun ini,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan, persatuan dan pengurus hotel kawasan pelancongan negeri ini di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Melaka di sini, semalam.

Turut serta, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Shahrizan Che Mat Din; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar.

Sementara itu, Chuah berkata, perjumpaan diadakan sebagai usaha mencari jalan persetujuan dan kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan di kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...