GOMBAK – Mayat seorang wanita tanpa identiti yang dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kaki dan tangannya terikat dengan pita pelekat di dalam gaung di Batu 20, Gombak Lama menghala Genting Sempah di sini semalam.
Mayat itu ditemui beberapa peserta larian dan
berbasikal pertandingan Route 68 Challenge 2016 selepas terhidu bau busuk
ketika melalui jalan utama pada pukul 9.30 pagi.
Satu sumber berkata, mangsa yang dipercayai warga
tempatan itu mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam
gaung tersebut.
Katanya, polis terpaksa meminta bantuan pihak bomba
untuk menaikkan mayat itu berikutan ia terhumban lebih 30 meter ke dalam gaung.
“Mayat ditemui dalam keadaan tertiarap memakai baju-T
warna merah dan berseluar pendek warna kelabu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kaki dan tangan mangsa
diikat dengan pita pelekat malah, pasukan forensik polis yang menjalankan
siasatan di lokasi turut menemui dua kesan tikaman di bahagian kanan leher
mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.
Sumber: KLIK DISINI