Johor
Bahru: Seorang anak kapal cedera ditembak perompak dalam kejadian di perairan
Pengerang kira-kira 2.5 batu nautika barat laut Teluk Ramunia, Kota Tinggi,
malam tadi.
Mangsa dipercayai warga Indonesia cedera di leher dan
terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi selepas dibawa ke Jeti Marina
Tanjung Pengelih.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Tanjung Sedili Kapten Amran
Daud berkata, pihaknya terima maklumat kejadian itu berlaku pada jam 10.40
malam.
Menurutnya, dua bot ronda dan sebuah kapal maritim diarahkan ke lokasi bagi memberi bantuan kepada kapal tangki MT Jix Iang yang berdaftar di Ulan Bator, Mongolia.
Katanya,
kesemua perompak berkenaan dilihat melarikan diri ke arah Pulau Lima selepas
menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Kapal berkenaan membawa 14 kru yang
terdiri daripada tujuh warga Myanmar, seorang warga China dan enam rakyat
Indonesia.