Isnin, 28 Februari 2011

CERAMAH POLITIK DI MASJID KIJING, MARANG????

MARANG - 28/02/11 - Menyakitkan telinga dibuatnya.  Setiap minggu dua kali ceramah politik di adakan di Masjid Kijing, Marang, Terengganu.  Yang menyedihkan ialah ceramah tersebut diperdengarkan dengan loudspeaker yang begitu kuat sekali.  Ustaz tersebut mengeluarkan kata-kata menghina kerajaan dan menghasut jemaah yang hadir.  Yang paling sedih sekali dan malangnya masjid tersebut adalah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Terengganu.  Ceramah diadakan selepas sembahyang Maghrib sehinggalah tibanya sembahyang Isyak.


Nampaknya Ustaz yang memberi ceramah tersebut telah cuba untuk mempermain-mainkan kewibawaan pasukan polis dengan mempersenda-sendakan, dan sememangnya mengharapkan pihak polis mendengar ceramah yang diadakan.  Ceramah politik sememangnya tidak dibenarkan dan perlu meminta permit daripada pihak polis, tapi lain yang berlaku di Masjid Kijing, Marang, Terengganu ini.


masjid adalah tempat perpaduan ummah dan bukannya tempat untuk memecah belahkan masyarakat. Sekiranya masjid digunakan sebagai landasan untuk berpolitik, sudah pasti ianya akan membawa perpecahan kepada qariah terbabit.


Ustaz yang memberi ceramah itu telah didapati beberapa kali memberi ceramah berbau politik di Masjid tersebut dan tidak memperdulikan masjid tersebut berdekatan dengan IPD Marang - jarak lebih kurang 100 meter saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...