BALIK PULAU - Seorang pengurus kilang yang sedang nyenyak tidur bersama
keluarga di kediamannya mengalami kerugian kira-kira RM50,000 apabila disamun
tiga lelaki awal pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin
berkata, dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun
sedang tidur bersama isterinya manakala dua anak perempuannya tidur di bilik
berasingan di rumah tiga tingkat di Lintang Bukit Penara, dekat sini.
“Dari keterangan mangsa, ketika dia sedang nyenyak tidur, ada tiga
lelaki yang memakai topeng menyerbu masuk ke dalam bilik lalu mengikat tangan
mangsa dan isterinya.
“Mangsa yang ketakutan kemudiannya menyerahkan beberapa barang berharga
termasuk wang tunai bernilai RM12,000, tiga buah telefon bimbit, berlian dan
barang kemas bernilai RM17,000, jam tangan berjenama, komputer riba dan kamera
digital,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek berusia
lingkungan 30-an namun mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana bertopeng.
“Melalui percakapan mereka, mangsa pasti kesemua suspek adalah warga
Indonesia. Ketiga-tiganya berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang 165
sentimeter (cm).
Siasatan mendapati, tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem
penggera dipasang di rumah mangsa.
“Ketiga-tiga suspek dipercayai masuk dan keluar dari rumah mangsa
melalui pintu kaca yang diumpil. Suspek juga menggeledah kelima-lima bilik
serta ruang tamu rumah mangsa. Jabatan Forensik dan Unit K9 diarahkan
menjalankan siasatan ditempat kejadian,” katanya.
Mohd Hatta berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mohd Hatta berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sumber:sinarharian