SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang
pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar
selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah
bilik di pejabat berkenaan.
“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri
mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan
lain.
“Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan
kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak
mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah,”
katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.