KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini apabila didapati bersalah atas tuduhan cuba memperoleh suapan RM15,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.
Rakannya, berpangkat Lans Koperal pula dijatuhi hukuman penjara lima tahundan didenda RM25,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan memperoleh suapansebanyak RM5,000 daripada seorang wanita, lima tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Cif Inspektor Khairol Azhar Mohamad Mostar, 34, dan Lans Koperal Mohd Khaidir Sairon, 37, yang bertugas di Unit Risikan, Operasi dan Tahanan (ROT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.
Bagaimanapun Rozilah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapkedua-dua tertuduh sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Rozilah dalam penghakimannya berkata keterangan pembelaan daripada kedua-duatertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah serta bersifat penafiansemata-mata.
Khairol Azhar didakwa secara rasuah cuba memperoleh wang tunai RM15,000daripada Yap Wei Leong, berusia awal 40-an, sebagai dorongan untuk tidak menangkap lelaki itu (Yap) yang memiliki dadah jenis syabu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Flat Mutiara Magna,Metro Prima Kepong dekat sini pada 8 malam, 8 Ogos 2007.
Manakala Mohd Khaidir didakwa memperoleh suapan berupa wang tunai RM5,000daripada ibu Yap iaitu Lim Yok Chuu, 65, sebagai dorongan untuk tidakmenangkap Yap yang memiliki dadah jenis syabu.
Mohd Khaidir didakwa melakukan perbuatan itu di Bandar Sri Damansara, Kepong pada 8.30 malam, 9 Ogos 2007.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Sepanjang kes itu pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa RayaMohd Nur Lokman Samingan mengemukakan 24 saksi manakala pihak pembelaanmengemukakan tiga saksi.
Khairol Azhar diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala Mohd Khaidir diwakili peguam Datuk Mohd Radzuan Ibrahim. BERNAMA