Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2014

Usah mainkan isu sensitif: KPN


Kuala Lumpur: Kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan pelbagai provokasi dan hasutan untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia terutamanya di media massa dilihat sebagai satu tindakan mencabar perlembagaan negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ada kumpulan yang bertindak secara terbuka berkempen dan menyokong agenda untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia dengan cara memansuhkan perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa mereka sebagai meminggirkan hak kedua negeri berkenaan.

Khamis, 28 Mac 2013

PERSEDIAAN PRU13 : 1,000 PVR AKAN DITAMBAH DI SARAWAK


Kuching, 27 Mac - Seramai 1,000 lagi anggota pasukan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) akan ditambah di Sarawak bagi membantu mengawal keamanan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata anggota PVR tambahan ini akan ditempatkan terutamanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai panas sepanjang tempoh pilihan raya kelak.

Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan berjumlah RM4,000 dari Persatuan Bajau-Suluk Miri kepada Tabung Wira Lahad Datu di sini, Acryl Sani berkata sehingga kini, seramai 200 anggota PVR dilantik di negeri ini selepas menjalani latihan asas seminggu.

Sementara itu, beliau berkata jabatannya juga telah melaksanakan sedikit rombakan dalam perancangan penempatan untuk anggota dan pegawai dalam persediaan PRU13 berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.

Katanya, rombakan itu dilakukan kerana ada anggota dan pegawai polis negeri ini dihantar ke Sabah untuk membantu dalam operasi membanteras kegiatan pengganas. - BERNAMA

Rabu, 9 Mac 2011

SESCO Rugi RM120 Juta Tahun Lepas Akibat Kecurian


SIBU, 8 Mac (Bernama) -- Syarikat SESCO Bhd, anak syarikat Sarawak Energy Bhd (SEB), menanggung kerugian sebanyak RM120 juta tahun lepas disebabkan oleh perbuatan mencuri meter, kabel dan tenaga di seluruh negeri itu.

Naib Presiden Kanan SEB Aishah Eden berkata zon tengah atau Sibu mencatatkan jumlah tertinggi berjumlah RM60 juta.

Semasa ditemui selepas sesi dialog antara SESCO dan polis di bangunan syarikat di Jalan Deshon Timur di sini Selasa, beliau berkata Kuching di tempat kedua diikuti Bintulu dan Miri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...