Jumaat, 19 September 2014

Usah mainkan isu sensitif: KPN


Kuala Lumpur: Kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan pelbagai provokasi dan hasutan untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia terutamanya di media massa dilihat sebagai satu tindakan mencabar perlembagaan negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ada kumpulan yang bertindak secara terbuka berkempen dan menyokong agenda untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia dengan cara memansuhkan perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa mereka sebagai meminggirkan hak kedua negeri berkenaan.

Katanya, selain itu kumpulan ini juga turut mengugut untuk mengheret kerajaan Britain ke kancah pertikaian ini kerana didakwa bertanggungjawab mengikat Sabah dan Sarawak di dalam perjanjian terbabit.
"Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh menggugat ketenteramanawam (Klik) yang akhirnya menjurus kepada kehancuran perpaduan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati pihak terbabit supaya tidak memainkan isu-isu sensitif dengan provokasi dan hasutan yang boleh mencetuskan tindakan luar batasan undang-undang dan perlembagaan," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...