Jumaat, 19 September 2014

Empat penjenayah larikan van kilang


KEPALA BATAS: Empat penjenayah bertindak melarikan van kilang dipandu seorang lelaki yang sebelumnya membantu mereka yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Lahar Minyak, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan baharu sahaja menyamun seorang wanita di Bandar Putra, Bertam, sebelum melarikan diri dengan menaiki Perodua Kelisa namun kenderaan itu terbabas ketika sampai di lokasi kejadian.


Pemandu van berusia 38 tahun bersama orang awam yang melihat kemalangan itu membantu suspek dan membenarkan mereka berehat dalam kenderaan dipandunya itu.

Suspek bagaimanapun melarikan diri menggunakan van berkenaan ketika pemandunya dan orang awam sedang leka melihat kerosakan pada kenderaan yang terbabas.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, mengesahkan kejadian dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...