Isnin, 29 April 2013

#PRU13 #GE13: ENAM POS KAWALAN POLIS DIWUJUD DI KUALA TERENGGANU



Kuala Terengganu, 28 April - Enam pos kawalan polis diwujud di kawasan berisiko di sekitar Kuala Terengganu bagi menggelak insiden yang tidak diingini sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Abdul Halim Ishak berkata pos diwujudkan di Kuala Ibai, Wakaf Mempelam, Chendering, Manir, Gong Badak dan Batu Rakit yang telah beroperasi selepas hari penamaan calon. Beliau berkata ia bagi memudahkan orang ramai melapor kes berkaitan pilihan raya.

"Pos beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang pilihan raya. Kita wujud pos di kawasan yang sering berlaku kekecohan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pos Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Sementara itu Abdul Halim berkata sebanyak 70 laporan diterima IPD Kuala Terengganu selepas penamaan calon sementara 116 permit ceramah dikeluarkan.

Daripada 70 laporan itu, sebanyak 10 kes disiasat kerana mencetuskan kekecohan dan perbuatan khianat manakala seorang penyokong parti telah didakwa kerana terlibat dalam pergaduhan, katanya. - BERNAMA


Marang - bagi peringkat pertama satu pos kawalan polis telah diujudkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang. Majlis penyempurnaannya telah dilaksanakan oleh Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan bin Yahya pada hari ini 28/04/2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...