Ahad, 10 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan; Polis selamatkan lelaki daripada ditetak

Gambar hiasan
Ipoh: Seorang lelaki berusia 42 tahun nyaris maut bila diserang seorang suspek bersenjatakan parang di pasar Pasir Pinji, di sini, pagi ini.

Bagaimanapun mangsa dapat diselamatkan segera oleh seorang anggota polis yang sedang meronda pada 10 pagi di kawasan tempat letak motosikal di pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata anggota polis itu bertindak pantas menyelamatkannya ketika mangsa sedang ditetak beberapa kali oleh suspek berusia 50-an.

"Anggota berkenaan memberi amaran kepada suspek agar berhenti mencederakan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata suspek kemudian meletakkan senjata berkenaan di tanah dan dengan pantas polis itu menahannya serta merampas parang tersebut.

Sum berkata, mangsa mengalami parah di tangan serta kaki kiri selain jari manisnya putus dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian ialah dendam akibat hutang lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...