Gambar hiasan |
JOHOR BAHRU: Masa depan satu pasangan yang baru sahaja berkahwin berakhir dengan tragedi apabila pengantin lelaki ditetak oleh sekumpulan lelaki beberapa jam selepas perkahwinan berlangsung.
Pemilik kedai alat gantian, Allan Tee Kok Weng, 36, dan pengantin perempuannya Shiau Ting, dalam 30an, baru sahaja pulang ke rumah selepas makan malam perkahwinan mereka di Taman Daya di sini pada Ahad untuk menukar pakaian sebelum keluar semula bersama rakan-rakan.
Seorang pekerja bistro, yang enggan dikenali, berkata insiden itu berlaku dengan pantas.
“Mereka sedang menuju keluar dari kelab apabila sebuah kenderaan dengan lapan orang memakai topen ski menariknya,” kata seorang pekerja kelab.
Katanya, beberapa lelaki keluar dari kenderaan dan menetak Tee dengan parang.
“Ia berlaku dengan pantas,” tambahnya.
Katanya, ahli keluarga dan rakan-rakan segera membawa Tee ke Hospital Sultan Ismail di mana Tee disahkan meninggal dunia.
Dia cedera di kepala, leher dan badan dan dikatakan mati di tempat kejadian.
Di bilik mayat, Shiau Ting dilihat sedang ditenteramkan oleh ahli keluarganya dan beberapa pekerja Tee.
Tiada sesiapa yang mahu bercakap dengan para pemberita kerana masing-masing masih diselubungi dengan kesedihan.
Shiau Ting dilihat memasuki sebuah kerana, di mana terdapat riben merah jambu masih diikat pada pemegangnya.
Menurut sumber, pembunuh itu kemungkinan disebabkan oleh dendam kerana Tee pernah melakukan beberapa sabitan terdahulu, termasuk bergaduh, dadah dan rompakan.