Memaparkan catatan dengan label Wang palsu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wang palsu. Papar semua catatan

Khamis, 22 November 2012

Peniaga terkejut terima wang baru palsu


Peniaga terkejut terima wang baru palsu
BUKIT JALIL – Seorang peniaga warung terkejut menerima tiga keping wang kertas baru RM10 palsu dan mendakwa hanya menyedarinya apabila wang itu gagal didepositkan ke dalam sebuah mesin deposit bank, di sini, kelmarin.

Dia hairan bagaimana wang baru berkenaan boleh dipalsukan sehingga nampak seakan-akan wang tulen dikeluarkan Bank Negara.

Zuriah Yaacob, 43, berkata, tanpa menyedari bakal berdepan kerugian dia membawa wang hasil jualan perniagaan makanannya itu ke sebuah bank untuk dimasukkan ke dalam akaun, petang kelmarin.

Katanya, wang itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin deposit namun dia pelik apabila tiga keping not RM10 dimasukkan bersama beberapa keping  wang kertas lain tidak diterima.

Selasa, 25 September 2012

Pelajar Nigeria miliki 99 keping US$100 palsu


KUALA LUMPUR — Seorang pelajar Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki 99 keping wang kertas palsu berjumlah US$9,900, awal bulan lepas.
Ofili Daniel Chukwuka, 37, didakwa memiliki wang kertas US$100 yang kesemuanya berjumlah US$9,900 yang didapati palsu di Blok C-6-5F Faberia Condo, Jalan Desa Utama, di sini pada 12 tengah hari, 3 September lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Hakim Mahmud Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM45,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan dia juga perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis berdekatan.
Beliau menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar jaminan itu.— BERNAMA

Sabtu, 18 Ogos 2012

Wang RM50 dan RM100 palsu berleluasa

Wang palsu kini berleluasa
Duit tulen RM50 yang diperiksa pada mesin pengimbas
menunjukkan ciri-ciri keselamatan pada permukaan wang tersebut.

ROMPIN – Jika ada individu yang ingin menukar atau membeli barangan menggunakan wang kertas RM50 dan RM100, anda perlu berhati-hati kerana ia mungkin wang palsu.

Kegiatan urus niaga wang palsu kini dilaporkan semakin berleluasa di gugusan Felda Bandar Tun Razak melibatkan Felda Keratong 1 hingga 5, di sini, sejak lebih sebulan lalu.

Buktinya, kebanyakan peniaga yang terdiri daripada pengusaha stesen minyak, kedai tambah nilai dan peniaga pasar mini di Bandar Tun Razak, menerima wang palsu tersebut daripada pelanggan.

Peniaga mendakwa, wang kertas RM10, RM50 dan RM100 itu dikesan seakan-akan telah difotostat semula berdasarkan pada ciri-ciri keselamatan pada permukaan wang tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...