Memaparkan catatan dengan label VAT 69. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VAT 69. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Jun 2013

Kena tembakan di kepala

KOTA KINABALU 26 Jun - Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu, disebabkan tembakan di kepala.

Dr. Amir Saad Abdul Rahim berkata, beliau telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden itu.

Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 7 malam hari sama selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram.

Selasa, 5 Mac 2013

YANG DIPERTUAN AGONG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN


KUALA LUMPUR, 4 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban semasa menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berdukacita di atas kehilangan pahlawan negara tersebut.

Seri Paduka juga berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. 

Isnin, 4 Mac 2013

TIAN CHUA SEMEMANGNYA BINATANG !!!!


Pesara polis mengamuk , beri amaran Tian Chua jangan hina wira negara

Kira-kira 300 pesara polis mengadakan demonstrasi aman di Tugu Negara di sini hari ini menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan menangani pencerobohan bersenjata di Sabah selain menyelar kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...