Sabtu, 3 Mei 2014

Pengurus Ladang Ditemui Mati Dibunuh

Kepala Ditutup Plastik, Kaki, Tangan Diikat

SEREMBAN: Seorang pengurus ladang ditemui mati dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini.

Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi, Jumaat.

"Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap.

"Mereka kemudiannya menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat itu dan menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa," kata seorang daripada pekerja berkenaan yang enggan dikenali.

Dompet mangsa dikatakan turut hilang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu mengesahkan penemuan mayat mangsa.


Sumber:mstaronline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...