GEORGE
TOWN: Seorang pekerja sebuah kedai keranda dibunuh rakannya sendiri ketika
sedang berehat.
Mangsa,
berusia 68 tahun yang dikenali sebagai Majim, sedang tidur di kedai itu di
Carnarvon Street kira-kira pukul 1 pagi Jumaat apabila suspek yang berusia 41
tahun mendekatinya dan memukul kepalanya dengan tongkat besi.
Majin
telah bekerja di kedai itu selama hampir lapan tahun manakala suspek baru
sahaja berkerja di situ kira-kira sebulan lalu.
Difahamkan,
mereka agak kerap bergaduh dan Majim juga sering mengusik suspek sebelum ini.
Ketua
Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid
mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek telah ditangkap.
Mayat
mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat di
bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.