Menjanjikan pekerjaan di luar negara dengan gaji
yang lumayan merupakan sebahagian taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan
untuk menjerat mangsa yang sedang mencari pekerjaan. Bermodalkan JANJI
pekerjaan palsu, sindiket ini telah meraih keuntungan dengan mudah dan cepat.
Modus Operandi
1. Sindiket mendekati orang ramai dan menawarkan pekerjaan di
luar negara dengan menjanjikan gaji lumayan dalam mata wang asing.
2. Mangsa yang berminat dikehendaki membuat bayaran permohonan
sebanyak RM350 dan dijanjikan wang tunai berjumlah RM20,000 sebelum berlepas ke
tempat kerja (luar negara).
3. Untuk lebih meyakinkan mangsa, ahli sindiket akan meminta
mangsa menghantar beberapa dokumen seperti salinan kad pengenalan, passport,
buku akuan dan gambar berukuran passport kononnya untuk proses kemasukan.
4. Proses dan keperluan yang diminta sindiket membuatkan mangsa
merasakan tawaran tersebut adalah sahih dan mangsa hanya menyedari tertipu
apabila suspek menghilangkan diri dan pekerjaan yang dijanjikan tidak wujud.
1. Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan saluran yang betul dalam usaha mencari kerja.
2. Jangan mudah terpedaya dengan mana-mana
syarikat/individu yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang
luar biasa.
3. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu
seperti latar belakang syarikat sebelum memohon pekerjaan yang ditawarkan.