Sabtu, 19 Julai 2014

‘ROBIN HAI’ AKHIRNYA DITAHAN POLIS SINGAPURA


Bukit Aman, 18 Julai – Penjenayah paling dikehendaki polis ‘Robin Hai’ akhirnya ditahan di Lapangan Terbang Changi, Singapura yang baru tiba dari Bangkok, Thailand dengan menaiki penerbangan Thai Airways, empat hari lalu.


‘Robin Hai’ atau nama penuh Nyo Ah Hai merupakan antara yang dikehendaki oleh polis INTERPOL berkaitan kesalahan curi dan lupus kenderaan curi di negara Singapura.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad bin Salleh berkata Robin Hai menggunakan pasport antarabangsa palsu untuk keluar/masuk negara Malaysia.


Pengarah JSJ berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berbincang dengan JSJ ‘Singapore Police Force’ (SPF) untuk membawa Robin Hai ke Malaysia bagi membantu siasatan dalam menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan negara ini.


Robin Hai yang menghadapi 157 pertuduhan itu kini disiasat bawah seksyen Menyimpan Dan Melupuskan Kenderaan Curi di Singapura dan memiliki pasport antarabangsa Malaysia palsu mengikut Undang-Undang Kanun Keseksaan republik itu.


Kedua-dua kesalahan tersebut boleh dipenjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...