Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan telah menahan
empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan
dengan pengganas IS.
Katanya, empat lelaki
berkenaan - tiga warganegara Indonesia dan
seorang rakyat tempatan itu ditahan semalam di Sandakan, Sabah dan Isnin
lalu di Slim River, Perak.
"Pada 12 hari bulan,
kita telah tangkap seorang ahli IS warga Indonesia di Slim River.
"Semalam pula kita
tangkap tiga lagi orang di Sandakan, dua Indonesia dan seorang rakyat tempatan
dari Sabah yang sedang merancang untuk ke Marawi.
"Kita telah mengesan
mereka serta niat mereka dan kita tangkap sebelum mereka terlepas ke
Marawi," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Menurut Khalid lagi, semua
individu yang ditangkap berusia antara 30 hingga 48.
Malah, warganegara Indonesia
yang ditangkap itu turut mempunyai pasport, katanya.
Selain itu, katanya, pihak
polis juga berjaya merampas tiga bilah pisau Rambo yang baru dibeli yang
didakwa untuk kegunaan menyerang polis sekiranya mereka ditahan, semalam.
"Alhamdulillah, mereka
tak sempat guna senjata itu semasa kita tangkap," katanya.
Semalam, sebuah akhbar
melaporkan, polis menahan dua lelaki disyaki anggota kumpulan pengganas
berhampiran Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan.
Laporan
itu menyebut, kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Khas dalam
operasi kira-kira jam 12 tengah hari.
Gambar serta video tangkapan
kedua-dua suspek turut tersebar di laman sosial.
Ia memaparkan, sepasukan
polis menutup muka dan lengkap bersenjata berkawal di sekitar lokasi tangkapan
sehingga menggemparkan orang awam ramai.
Sumber: KLIK DISINI