Selasa, 28 Oktober 2014

TUJUH WARGA IRAN DITAHAN EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM1 JUTA

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Polis mematahkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga Iran dengan menahan lapan anggota sindiket itu dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM1.1 juta di ibu negara pada Khamis lepas.
Mereka yang ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang itu ialah tujuh warga Iran termasuk dua wanita rakyat negara itu serta seorang wanita tempatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata antara lelaki Iran yang ditahan itu ialah ketua sindiket yang digelar 'Drug Kingpin - Sumber'.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan polis, seorang lelaki Iran ditahan dalam sebuah kenderaan di Lebuhraya Penchala Link pada Khamis lepas bagi membantu siasatan mengenai kes pengedaran dadah.
Susulan penahanan lelaki terbabit, polis kemudiannya menahan dua lagi lelaki Iran dan seorang wanita tempatan dalam sebuah kondomunium mewah di Desa Sri Hartamas yang dipercayai mempunyai hubungan dengan sindiket pengedaran dadah terbabit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...