Selasa, 28 Oktober 2014

Polis Beri Amaran Kepada Pengiring Bermotosikal (MARSHAL)


KUALA LUMPUR: Polis akan mengenakan tindakan terhadap pengiring bermotosikal yang tidak sah (Rujukan) kerana melencong dan memperlahankan perjalanan trafik.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, perkara itu menjadi perhatian berikutan beberapa agensi menggunakan khidmat penunggang motosikal untuk mengiring golongan VIP.
"Apa yang mereka lakukan itu menyalahi undang-undang sekiranya mereka bertindak untuk menghentikan atau melencongkan trafik," katanya kepada pemberita.

Mohd Fuad berkata, beliau telah memaklumkan kepada mereka yang terlibat kerana menggunakan penunggang motosikal terbabit supaya menghentikan tindakan itu kerana hanya polis yang mempunyai kuasa untuk menghentikan atau melencongkan trafik di jalan raya.
Tambahnya, perkara itu telah dibincangkan bersama anggota polis trafik di Lembah Klang mengenai tindakan yang sepatutnya dikenakan sekiranya berhubung kesalahan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...