Khamis, 9 Oktober 2014

Pemandu teksi ditemui mati


Batu Pahat: Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan badan dan kepalanya di dalam longkang di belakang deretan kedai di Taman Sentang Jaya, Parit Sulong di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Tee Tiam Soon, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Difahamkan, teksi mangsa turut berada kira-kira satu meter dari mayat mangsa ditemui di belakang rumah kedai terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Razali Awang berkata, menurut saksi yang berada di tingkat atas bangunan terbabit mengatakan terdengar bunyi bising sekitar jam 3 pagi di lokasi kejadian.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kematian,"katanya ketika dihubugi Harian Metro.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...