Gambar hiasan |
TEMERLOH - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sanggang terpaksa menanggung kerugian apabila balai raya mereka dicerobohi dipercayai akibat perbuatan penagih dadah.
Pengerusinya, Maazi Rahmat Maharam Abdullah berkata, penagih menceroboh balai raya dan melarikan kabel elektrik mengakibatkan kerugian susulan JKKK terpaksa memasang semula kabel baru.
Menurutnya, kawasan kampung ini semakin tidak selamat apabila penagih dadah mula berani masuk ke dalam bangunan milik persendirian dan milik awam.
“Sebelum ini, kumpulan penagih terbabit melarikan kabel elektrik dari rumah penduduk kampung yang dibiarkan kosong tidak berpenghuni.

“Kami tidak mahu kejadian seperti ini berterusan dan harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera dan menangkap mereka yang terlibat,” katanya.
Menurutnya, keadaan kampung tersebut semakin tidak aman dan kerap berlaku kejadian pecah rumah apabila Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) siap dibina beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, dengan adanya laluan susur keluar masuk untuk motosikal menyebabkan penagih mengambil kesempatan mencuri di dalam kampung tersebut dan melarikan diri dengan mudah.
“Laporan polis terhadap semua kejadian pecah rumah yang berlaku minggu lalu telah dibuat dan diharap polis segera bertindak sebelum berlaku kejadian lebih teruk,” katanya.
Maazi Rahmat berkata, wakil rakyat perlu mengetahui masalah ini dan tidak hanya memikirkan mengenai politik dan kuasa semata-mata tanpa inisiatif mengatasi masalah sosial masyarakat.