PASIR PUTEH - Kementerian Komunikasi dan Multi Media tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah memburuk-burukkan kerajaan, institusi raja dan Islam melalui laman sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, anggapan sesetengah pihak yang mendakwa kementerian takut untuk bertindak adalah tidak benar.
“Kita sudah ambil tindakan sewajarnya mengikut akta-akta yang ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (1998).
“Agensi lain terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengambil tindakan terhadap individu yang menyebar fitnah ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Komuniti 1Malaysia dan Unit Komunikasi Rakan IT Daerah Pasir Puteh di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Ramly Yusof; Adun Selising, Zulkifle Ali dan Adun Semerak, Zawawi Othman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran fitnah terbaharu di laman sosial, menghina umat Islam yang bakal menyambut Ramadan akhir bulan ini.
Katanya, siasatan yang dilakukan agensi berkaitan akan dipanjangkan kepada pihak pendakwaan dan terserah kepada agensi terbabit untuk memilih mana-mana siasatan yang bersesuaian.
"Bukan mudah untuk kementerian mengambil tindakan segera terhadap sesuatu dakwaan dan fitnah memandangkan ia berkaitan masalah komunikasi peringkat global," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian bercadang memperluaskan penubuhan Unit Komunikasi Rakan IT ke seluruh negara dengan pembabitan 1,216 Komuniti 1Malaysia dalam tempoh masa terdekat.
Tambahnya, unit itu diterajui golongan muda yang mampu menangkis sebarang bentuk dakyah dilemparkan pihak tertentu, membabitkan isu-isu semasa seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Kementerian akan membantu unit tersebut dengan menyediakan peralatan-peralatan diperlukan supaya ia lebih berfungsi menghadapi golongan terbabit," katanya.
Unit Komunikasi Rakan IT Daerah Pasir Puteh merupakan yang pertama di negeri ini