PADANG RENGAS: Polis perlu membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di laman twitternya yang mempersoal tindakan umat Islam membantah filem 'Innocence Of Muslims', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata, tindakan Ngeh itu menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.
"Banyak pihak membuat laporan polis berhubung perkara itu dan berharap polis akan menyiasat perkara itu.
Setakat ini, sebanyak 237 laporan polis dibuat terhadap Ngeh di Perak.
Dalam laman twitternya, Ngeh didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu.