Gambar hiasan |
GOMBAK, 3 Ogos (Bernama) -- Seorang tahanan polis yang meloloskan diri dari
Kompleks Mahkamah Selayang mati ditembak ketika cuba menyerang seorang anggota
polis di loji air Puncak Templer dekat sini Jumaat.
Dalam kejadian pukul
3.30 petang itu, suspek berumur 26 tahun dipercayai melonggarkan gari di
tangannya ketika pergi ke tandas selepas polis berjaya mendapatkan lanjutan
tahanan reman ke atasnya selama enam hari.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP
Abdul Rahim Abdullah berkata suspek meloloskan diri ketika sedang menaiki lori
polis pada pukul 11.30 pagi ketika dia hendak dibawa ke lokap
tahanan.
"Suspek telah melarikan diri melalui jalan belakang di kompleks
mahkamah dan telah bersembunyi di bangunan Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas) bersebelahan kompleks mahkamah serta sempat menukar pakaian lokap
kepada pakaian kontraktor Syabas di stor.
"Suspek turut mengambil sebilah
parang panjang sebelum melarikan diri ke loji air Puncak Templer," katanya
kepada ketika dihubungi.