Jumaat, 3 Ogos 2012

SPRM Tahan Inspektor Dan L/Kpl Bagi Siasatan Minta Rasuah RM3,000


MIRI, 2 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua anggota polis berpangkat Inspektor dan L/Kpl bagi siasatan kes minta rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang ahli perniagaan di sini.

Sumber SPRM berkata wang itu kononnya sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas ahli perniagaan itu berhubung kes penyelewengan diesel.

Suspek, masing-masing berumur 30 dan 31 tahun yang bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditahan pada 9.40 malam Rabu di sebuah hotel di sini, katanya kepada Bernama di sini Khamis.

"Sekarang kedua-dua suspek ditahan reman," katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu hari atau maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...