Isnin, 29 Februari 2016

Hukuman gantung pembunuh pegawai AmBank kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan hukuman gantung terhadap bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila, 39, kerana membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, tiga tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara menolak rayuan La Ode selepas berpuas hati bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi mengekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.


Ode, 39, yang berasal dari Sulawesi, Indonesia didakwa membunuh Norazita, 37, dalam bangunan AmBank, No 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang turut membawa hukuman mati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...